Quantcast
Channel: http://politik.blog.my » Pahat - http://politik.blog.my
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2

Kes Tun Faisal:Empat Tahun Rumah Siap Kini Pahat Kembali Berbunyi

$
0
0
Tiga empat bulan dulu lagi saya dah jangka apabila tiba musim pemilihan Umno yang akan membuat hal untuk mencalarkan pemilihan ini atau memberi peluru kepada musuh adalah di kalangan pemain-pemain media cyber pro Umno sendiri. 
Hari ini perkara itu sudah hampir menjadi kenyataan….
Sejak malam tadi berlaku kekecohan di FB dan blog berhubung ketiadaan nama Saudara Tun Faisal dalam senarai calon Majlis Tertinggi Umno. Bukan nama Tun Faisal sahaja yang tidak ada , malah nama calon nombor 11 yang saya difahamkan namanya Zainul Fitri, pun tidak ada juga dalam senarai. Mengikut maklumat yang diterima mengatakan kedua-dua nama mereka digugurkan kerana tidak melepasi syarat yang ditetapkan walaupun Saudara Tun Faisal kini seorang Exco Pemuda Umno Malaysia. 
Ada di kalangan penyokong-penyokong Saudara Tun Faisal yang terlebih emosi apabila perkara itu timbul dan menyalahkan jawatankuasa pemilihan serta Umno sendiri. 

Umum mengetahui pindaan perlembagaan Umno yang dibuat pada tahun 2009 diketuai oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein. Beliaulah orang yang bertanggungjawab merangka dan membentang perlembagaan itu sehingga ianya diluluskan dalam Perhimpunan Khas 2009. Untuk perhatian, Saudara Tun Faisal adalah salah seorang yang pernah berkhidmat sebagai pegawai kepada Datuk Seri Hishamuddin.

Perhimpunan agung khas, yang bermula sejak pukul 12.20 tengah hari berakhir sejam kemudian, dengan meluluskan sebulat suara tujuh pindaan Perlembagaan parti yang dibentangkan Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. 

Pindaan pertama diluluskan ialah meningkatkan bilangan perwakilan yang akan memilih pucuk pimpinan tertinggi parti dan di peringkat bahagian daripada 2,500 perwakilan sekarang kepada 146,500 perwakilan. 

Pindaan kedua melibatkan penghapusan sistem kuota bagi menjadikan UMNO lebih demokratik dan membuka ruang seluas-luasnya kepada ahli bertanding, kata Hishammuddin. 

Syarat minimum bagi pertandingan mana-mana jawatan MT ialah perlu mendaftarkan diri dan pernah memegang jawatan Ahli Majlis Tertinggi atau AJK Bahagian selama satu penggal. 

Bagi anggota UMNO yang ingin bertanding untuk AJK bahagian perlu menjadi ahli selama tiga tahun. 

Utusan Online 15/10/2009

Pindaan itu menyatakan seseorang calon yang hendak bertanding jawatan dalam Majlis Tertinggi syaratnya pernah menjadi ahli MT atau AJK Bahagian. Tahun 2009 lagi peguam Umno pernah menulis di blog beliau tentang perkara tersebut. Lihat di sini
Kini setelah empat tahun berlalu perkara yang sudah dipersetujui dan diluluskan oleh ahli-ahli Umno  mula menjadi pertikaian. Jika tak puas hati kenapa tidak pertikai pada waktu itu ? Kenapa tak pertikai pada tahun 2010, 2011 atau 2012 ? 
Sebelum ini pun Jawatankuasa Pemilihan dan Setiausaha Kerja Umno sudah mengelilingi negara berjumpa dengan Umno negeri-negeri menerangkan tentang sistem pemilihan baru. Kenapa waktu itu tidak pertikai ? Lihat sini
Hari ini bila rumah sudah siap pahat pula berbunyi….
Ada yang membandingkan kelayakan Akram Shah bertanding jawatan Ketua Pemuda. Syarat yang dikenakan untuk bertanding pemuda dan MT tidak sama. Dimana untuk bertanding pemuda syaratnya menjadi ahli Umno selama tiga tahun. 
Ada yang kata jika Akram Shah menang selaku Ketua Pemuda beliau akan menduduki MT setaraf dengan Naib Presiden sedangkan dia tidak pernah menduduki MT atau AJK Bahagian sebelum ini. 
Pertikaian seperti ini samalah seperti pertikaian yang dibangkitkan oleh Anwar Ibrahim iaitu menang undi popular tetapi tidak boleh menjadi kerajaan. 
Peraturan, sistem, undang-undang atau perlembagaan telah dipersetujui bahawa parti yang menang kerusi terbanyak adalah parti yang menjadi kerajaan. Samalah dengan Akram Shah, perlembagaan Umno telah menetapkan begitu, maka ikutlah peraturan yang telah ditetapkan. Perlembagaan tersebut bukannya dibuat di bawah pokok, tepi longkang, di kedai kopi atau Akram Syah sendiri yang membuat peraturan. Ianya dibuat dalam Dewan Merdeka depan ribuan ahli Umno. Semua sudah setuju maka jadilah ianya sebuah peraturan. 
Tidak ada gunanya membalun Jawatankuasa Pemilihan atau Setiausaha Kerja Umno sebab mereka menjalankan peraturan yang telah ditetapkan oleh ahli-ahli Umno. Salahkanlah Datuk Seri Hishamuddin selaku orang yang merangka dan membentang perlembagaan itu. Salahkanlah ahli-ahli Umno yang meluluskan perlembagaan itu. 
Saya minta maaf jika ada yang terasa dengan tulisan ini. Saya tidak berniat nak berperang dan berkelahi dengan mana-mana pihak. Cuma saya rasa terpanggil untuk menjawab apabila parti saya dan parti anda disalahkan secara meluas sejak malam tadi lagi. Anda sudah tulis , anda sudah luahkan apa yang terbuku di hati anda. Sekarang tidak salah untuk saya menjawab dan meluahkan pula apa yang terbuku di hati saya. 
Minta tolonglah kawan-kawan semua yang sealiran dengan saya….saya merayu angkat 10 jari kepada semua dan kalau ada yang minta cium kaki dia pun saya sanggup cium. Hal berkenaan parti kita dan sedikit sebanyak masalah yang timbul selesaikanlah ikut belakang. Tak perlulah nak tulis dalam blog atau FB hebahkan seluruh dunia. Ini sistem baru dan kali pertama digunakan, maka sudah tentulah ada sedikit sebanyak masalah yang timbul. Lama kelamaan ianya akan bertambah baik. Tidak ada gunanya kita memberi peluru kepada musuh. Akhirnya kita juga yang kena balik. Kalau nak ikutkan tak puas hati saya pun ada perkara yang tak puas hati. Tetapi saya hanya meluahkan perasaan tidak puas hati saya di belakang tabir. Saya pun rasa tak patut apabila Tun Faisal tak layak bertanding kerana beliau pernah pegang jawatan yang lebih tinggi daripada AJKBahagian. Namun kerana peraturan sudah dipersetujui begitu maka kita kena akur. Mungkin perlembagaan itu boleh dipinda di masa akan datang untuk membenarkan Exco Pemuda bertanding MT.

Link


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2

Latest Images

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Vimeo 10.6.2 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.2 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.

Trending Articles


Mariquitas para colorear


Mandalas de flores para colorear


Dromedario para colorear


Good Morning Quotes


Love Quotes Tagalog


Ang sarap sa piling mo


Mga Tala sa “Unang Siglo ng Nobela sa Filipinas” (2009) ni Virgilio S. Almario


Dimasalang (1969) by Francisco V. Coching and Federico C. Javinal


Amarula African Gin


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


“Wat ieit ia ka pyrthei!”


Tiburon para colorear


Dear Ex Quotes, Sakit Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tropa Quotes


RE: Mutton Pies (mely)


Ang Nobela sa “From Darna to ZsaZsa Zaturnnah: Desire and Fantasy, Essays on...


EASY COME, EASY GO


Version 0.8.5 – Peb txhawb tus Lao heev


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...



Latest Images

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.